Minggu, 16 Maret 2008

Kemahiran Komunikasi Dalam Islam



Kemahiran Komunikasi

Apabila suatu maksud telah berjaya disampaikan antara seseorang kepada seorang yang lain, atau sekumpulan manusia, itu dinamakan komunikasi telah berlaku. Secara teorinya, komunikasi berlaku dengan pelbagai medium sama ada secara kunonya simbol-simbol, bahasa isyarat, komunikasi lisan, kod-kod, atau apa jua bentuk yang sesuai digunakan sebagai menyampaikan maklumat dengan berkesan. Komunikasi dianggap berkesan sekiranya maklumat atau maksud yang ingin disampaikan oleh pihak yang menyampaikan maklumat telah diterima dan difahami, serupa dengan apa yang ingin disampaikan.

Namun sering terjadi masalah dalam organisasi, kumpulan, masyarakat, bahkan rumah tangga, banyak masalah yang diakibatkan oleh masalah komunikasi. Antara punca masalah yang tidak lagi menjadi rahsia kepada kita ialah seperti penyelewengan fakta atau tidak amanah dalam komunikasi, menyimpan maklumat yang patut disampaikan, atau mendedahkan maklumat yang tidak patut disampaikan, menyampaikan maklumat yang salah, tidak tepat, fitnah, pembohongan, mengumpat, mencela, dan pelbagai lagi bentuk kepincangan komunikasi. Hasilnya, organisasi akan bercelaru, masyarakat porak peranda dan rumah pun boleh tercabut tangga!!

Begitulah parahnya jika komunikasi tidak dijaga dengan baik. Impak negatif komunikasi tanpa sistem sudah tentu merosakkan organisasi. Sebaliknya, sekiranya komunikasi dilakukan dengan cara yang baik, pelbagai impak positif pula boleh dilihat. Komunikasi boleh memotivasikan manusia, boleh mendidik masyarakat, boleh membina jiwa dan boleh melancarkan kerja. Biasanya jika maklumat itu tepat, wajar disampaikan serta dilakukan dengan cara yang betul dan cepat.

Bagaimana Islam mengemukakan teorinya?

Tidak ada komentar: